Wednesday 11 February 2015

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Selamat datang ke blog Pengajian Malaysia kami . ini adalah hasil kerja kami dalam membuat blog untuk kerja Pengajian Malaysia . Kumpulan kami terbahagi kepada 5 orang ahli iaitu Muhammad Farhan , Rahimah , Tinniey , Migendez dan juga ZulHazmi . kami dari kelas DPM1B Politeknik Kota Kinabalu . Tugasan kami ialah Sumber Sumber Awal Sejarah Kesultanan Melayu Melaka . Dalam blog ini kami akan menerangkan dengan lebih mendalam tentang tugasan yang telah di berikan kepada kami . Enjoy :)





  Lakaran Muka Parameswara

PENGENALAN : -

Kesultanan Melayu Melaka (كسلطانن ملايو ملاك) diasaskan oleh seorang putera dari Palembang iaitu Parameswara di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409 apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka. Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka. Parameswara (1344-1414) merupakan seorang Raja Temasek yang berketurunan diraja Srivijaya yang menubuhkan kerajaan Melaka pada 1402. Apabila memeluk Islam Raja Iskandar Shah merupakan nama Islam Parameswara walaupun sekarang ini ada sejarawan yang mempertikaikan kesahihan pernyataan ini. Baginda memeluk agama Islam apabila berkahwin dengan Puteri Ratna anak Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah II, Raja Perlak dan memeluk Islam dalam tahun 1414.
 

SALASILAH KETURUNAN PARAMESWARA



PENGHIJRAAN PARAMESWARA KE TANAH MELAYU
 


Parameswara (1344-1414) merupakan seorang Raja Temasek yang berketurunan diraja Srivijaya yang menubuhkan kerajaan Melaka pada 1402. Apabila memeluk Islam Raja Iskandar Shah merupakan nama Islam Parameswara walaupun sekarang ini ada sejarawan yang mempertikaikan kesahihan pernyataan ini. Baginda memeluk agama Islam apabila berkahwin dengan Puteri Ratna anak Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah II, Raja Perlak dan memeluk Islam dalam tahun 1414.

Menurut Sejarah Melayu, selepas kejatuhan Empayar Srivijaya di Palembang pada abad ke-14, keluarga diraja Srivijaya yang terselamat telah melarikan diri ke pulau-pulau sekitarnya yang masih setia kepada Srivijaya.
Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya bernama Sang Nila Utama menawan Temasek dan membunuh gabenor yang dilantik kerajaan Ayuthaya, Temagi. Baginda kemudiannya mengasaskan kerajaan Singapura lama. Baginda terus memerintah selama 48 tahun dan kekuasaannya diiktiraf oleh satu utusan dari Maharaja China pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri Buana bermaksud "Yang Dipertuan kepada tiga dunia" melambangkan kekuasaannya ke atas Palembang, Bintan dan Temasek.

Sumber Sumber Awal Kesultanan Melayu Melaka

  • Sumber Barat
    Sumber Arab
  • Sumber Barat
    G. Ferranddalamartikelnya “Melaka. Le Melayu et Malayur” dalamJournal Asiatique Mai-Juin et Juilet-Aout,1918, mengatakanbahawa Melaka telahwujudsejakkurun ke-8 Masihilagi.
    BeliaumengatakankerajaanMalayur (Malayu) yang disebutoleh Marco Polo itusebenarnya Melaka.
  • SumberPortugis
    Tome Pires
    Joao de Barros
    Alfonso de Albuquerque
    Manuel Godinho de Eredia
    Diego de Couto
    • Suma Oriental
    • Asia
    • Commentaries of the Great Alfonso Dalboquerque, Second Viceroy of India
    • 2 laporan :
    • Report on the Golden Chersonese
    • Description of Malacca, Meridional India and Cathay)
    • Decada.
  • Catatan Tome Pirestentang Melaka :
    “Melaka” berasaldaripadaperkataanmalayobermaksud “persembunyianpelarian”.
    PelabuhanMelaka tiadatolokbandingnyadiduniapadamasaitu.
    Semuajenisbarangdagangandaritimurdanbaratbolehdiperolehdi Melaka.
    Tidakkurangdaripada 50 bangsadansukukaum yang berkunjungdanberdagangdi Melaka.
    Di pelabuhan Melaka jugadikatakansebanyak 84 bahasadipertuturkkandansetiapsatunyaberbeza.
  •  Suma Oriental
    sumberterawalmenceritakanKesultananMelayu Melaka.
    maklumatyang diperolehsecaralisandaripadapemberimaklumatkeranapadaketikaitutiadasebarangpenulisantentang Melaka olehpenulistempatan yang bolehdijadikanbahanrujukan.
    KebanyakanpenulisanbaratlebihcenderungmemperlihatkankehebatanPortugis yang menjajah Melaka keranasemuapenulismerupakanrakyatPortugis.
  • Sumber Arab
    Pedagangdanpelaut Arab sudah pun datangdanberadadisekitar Asia Tenggara sejaksebelumlahirnya Islam.
    Menurutsumber Arab, pedagang-pedagang Arab memanggil Melaka dengannama “Mulaqah” yang bermaksudpertemuan. Selainitu Melaka jugadisebutsebagai “Malakat” iaitu “perhimpunansegaladagang”.
    Paramesrawadikatakanberkahwindenganseorangputeri Islam dariPasaipada 1414.
  • Seorangpedagang Arab bernama Ahmad ibnMajidmenyatakanbahawadiatidakdapatmembezakan yang manasatuorang Islam diMelaka dalamkitabnyaHawiyat al-IkhtisarFi’llm al-Bihar, tertulissekitar 866 Hijrah (1462 Masihi)
    Tome Piresmengatakanbahawa Sultan Alauddintelahmengajar Raja-raja Pahang, Kampar danInderagirisertakeluargamerekatentanghal-hal agama Islam
  • SUMBER-SUMBER ARKEOLOGI
  • Pengenalan
    • Istilah arkeologi  berasal dari perkataan Grek “αρχαίος” yang bermakna kuno, purba atau lama dan “λόγος” yang bermakna perkataan atau ucapan.
    • Arkeologi turut bermaksud satu disiplin ilmu yang mengkaji dengan menggunakan teori dan praktikal secara saintifik terhadap kegiatan manusia pada masa lampau.
  • Tujuan
    • adalah untuk memahami bagaimana manusia masa lalu berinteraksi dengan persekitarannya , dan memulihara sejarah mereka untuk kajian pada masa akan datang. 
  • Jenis-jenis Kajian Arkeologi
    • Meliputi tinggalan
        • artifak
        • ekofak
        • fitur

PROSES PEMBENTUKAN MELAYU MELAKA

Parameswara melarikan diri ke Semenanjung Tanah Melayu untuk mendirikan penempatan baru. Di Muar, Parameswara dikatakan berhasrat mendirikan negeri barunya samada di Biawak Busuk atau Kota Buruk. Bagaimanapun, setelah mendapati Muar tidak sesuai baginda membatalkan hasratnya dan meneruskan perjalanan ke utara. Di tengah perjalanannya, baginda dikatakan singgah di Sening Ujung (nama lama Sungai Ujong) sebelum sampai ke sebuah kampung nelayan di muara Sungai Bertam (nama lama Sungai Melaka). Di sinilah baginda mendirikan ibu kota baru untuk negerinya dan menamakannya Melaka. Menurut catatan Sejarah Melayu, di sinilah baginda melihat seekor kancil menendang seekor anjing ketika baginda berehat di bawah pohon Melaka. Menganggapnya sebagai tanda "tuah", baginda menamakan negeri itu Melaka.
Negeri Melaka kemudiannya meneruskan warisan Srivijaya sebagai sebuah entiti politik Melayu di kepulauan Melayu. Hal ini dan juga peristiwa ini menyebabkan nama dan juga sebuah negeri telah terbentuk.

 TEMPOH KESULTANAN MELAYU MELAKA
  • Sultan Iskandar Shah 1400 – 1424
  • Sultan Muhammad Shah 1424 – 1444
  • Sultan Abu Syahid 1444 – 1445
  • Sultan Muzaffar Shah 1445 – 1459
  • Sultan Mansur Shah 1459 – 1477
  • Sultan Alauddin Riayat Shah 1477 – 1488
  • Sultan Mahmud Shah 1488 – 1511


    KESIMPULAN
    Sumber-sumber awal mengenai Kesultanan Melayu Melaka seperti sumber tempatan, sumber dari China, sumber dari Arab, sumber dari Barat dan sumber arkeologi dan lain-lain lagi memainkan peranan yang amat penting dalam penerokaan pensejarahan zaman lalu khususnya Kesultanan Melayu Melaka. Tanpa sumber-sumber ini, maka sukarlah ahli sejarah mengenalpasti situasi yang sebenar pada masa silam. Bukti-bukti yang diperolehi sentiasa mempengaruhi penulisan fakta sejarah dari masa ke semasa mengenai keadaan masa lalu. Demikian lah sebanyak sedikit pencerahan kami tentang Kesultanan Melayu Melaka . Terima Kasih kerana sudi untuk meluangkan masa membaca blog kami . Akhir sekali pantun dari kami " Dayung Perahu Tuju Haluan , membawa Rokok Bersama Rempah , Kalau Ilmu Tidak Di Amalkan , Ibarat Pokok Tidak Berbuah " Wabillahi taufiq wal hidayah , Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu :)